Tuesday 10 May 2011

superlike this quote! ^^

“If you love somebody, let them go. If they return, they were always yours. If they don't, they never were destined for you.”

Wednesday 20 April 2011

MUSLIMAH VS PRAMUGARI

seorang muslimah sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan muslimah itu dan menegurnya...

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Cik tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Muslimah: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Muslimah: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…..

wahh,,terkedu seketika...huu

love vs b...bi...bio...biol...biolo...biolog...biologi~ winkwink

Setiap lopak sunyi terselit bitumen rindu,
Setiap titis asid hidroklorik membawa muram ph 5.

Kamu mahu menjadi kertas litmus merah?
Atau penunggu hiba di kebuk wasap?

Biar aku menjadi penunu bunsen
Atau kamu hidup bagai corong turas.

Yang lain cuba menjadi katak makmal.
Bising di kala hujan, luluh ditekup klorofom.

Kamu,

Aku tidak perlu air dalam elektrolisis cinta kita.
Kerana cintamu sudah hilang diresap kalsium klorida kontang.

Aku,
Biar aku terus begini,
Merajuk di hujung makmal biologi..

Tuesday 19 April 2011

surat dari HUSBAND aku!! wahh,,siapakah??hahah

Surat Cinta Untuk Future Wife(s)~dRi KauM aDaM~

Assalamualaikum

Kehadapan my future wife(s)

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan2....

buat future husband i ; tapi i nak cari you kat mne? huu -_-
                             err,,you tunggu i ea nanti (:

Monday 4 April 2011

ALHAMDULILLAH

syukur alhamdulillah,,akhirnya,semua persoalan aku slama ni da terjawab. walaupun agak memedihkan,tp jujurnya aku lega sangat sekarang..aku pun dah penat utk bermain dengan teka teki kau tu.. time kasih tak terhingga aku ucapkan..ni bukan ayat orang kecewa tau, tapi ni ayat orang bersyukur. bersyukur sangat sebab Allah dah beri petunjuk..at least xde la aku berteka teki sampai nk berjanggut an..*err,mustahil giler aku berjanggut tu..haha. apapun aku tetap doakan yg terBAIK untuk kau..sgala yg terjadi antara kita akanku abadikan dalam diari hidup aku.walaupun hadir kau hanya tuk seketika, tapi bagiku ia amat bermakna... 
"SYUKRAN FOR EVERYTHING" <3

Sunday 3 April 2011

~SUPERMAN~

Tall dark and super manly
Puts papers in his briefcase and drives away
To save the world or go to work
It's the same thing to me
He's got his mother's eyes, his father's ambition
I wonder if he knows how much that I miss him
Hang on every word you say
And you smile and say how are you?
And I'll say just fine.
I always forget to tell you I love you.
I'll love you forever

I watched Superman fly away
You got a busy day today
Go save the world
I'll be around
I watched superman fly away
Come back I'll be with you someday
I'll be right here on the ground
When you come back down

Tall, dark and beautiful, he's complicated, he's irrational
But I hope someday he'll take me away and save the day, yeah
Something in his deep brown eyes has me saying,
He's not all bad like his reputation
And I can't hear one single word they say.
And you'll leave, got places to be and I'll be OK
I always forget to tell you I love you
I loved you from the very first day

I watched Superman fly away
You got a busy day today
Go save the world, I'll be around
I watched Superman fly away
Come back, I'll be with you someday
I'll be right here on the ground
When you come back down

And I watch you fly around the world
And I hope you don't save some other girl
Don't forget, don't forget about me
I'm far away but I never let you go
I'm lovestruck and looking out the window
Don't forget, don't forget where I'll be
Right here wishing the flowers were from you
Wishing the card was from you
Wishing the call was from you
'Cause I've loved you from the very first day

I watched Superman fly away
You got a busy day today
Go save the world, I'll be around
For ever and ever
I watched Superman fly away
I swear I'll be with you someday
I'll be right here on the ground
When you come back down

Come back down

 _by taylor swift_

i am the SUPERMAN!! ;D


credit to MY SUPERMAN!!hahaha ;p

*just for fun ok* hee~ :D

Wednesday 30 March 2011

SUMPAHAN BUKIT!!

oh tidakkk!! aku rasa macam nak jerit je..huhh..tau x, tadi punye test da kali ke3..mggu depan kali ke4..huu..sedih giler..x tau la nape, NERVOUS SANGAT kot..
percubaan pertama; orang tekan brek, aku gi tekan minyak..
percubaan kedua; x sampai garisan kuning.. huhh 
kenapa la memandu pun kene wat segala ujian bagai tu..mase blaja ok je..x penah lak sangkut.. x tau la nak cakap pe lagi..NERVOUS NERVOUS NERVOUS !! aku BENCI perkataan tu..huuu ;((((((
aku harap minggu depan adalah kali terakhir..korang doakan aku LULUS ea..amiiiiiiinnnnnnn

Tuesday 22 March 2011

AKU HANYA WANITA BIASA

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak.. 

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa.. 



Monday 21 March 2011

SAMANYA 5 DERIA RASA DENGAN RASA-RASA DALAM KEHIDUPAN...

Setiap yang Allah ciptakan di muka bumi ini pasti ada hikmahnya, bak kata pepatah melayu ada udang di sebalik batu..eh,ada kaitan ke?hehe.bukan apa,menghargai keindahan bahasa kita,kata orang bahasa jiwa bangsa.betul tak? erm, back to the topic. hakikatnya, sebagai manusia normal kita semua mesti ada 4 deria rasa di lidah.korang juga begitukan? bagi aku,4 deria rasa yang Allah jadikan ni ada persamaannya dengan perasaan sehari-hari yang kita lalui dalam kehidupan.kadang-kadang tu manis, pahit, masam, masin, dan tawar..eh,tawar??kat mana pulak letak deria rasa tawar tu kt lidah?hmm,memang la x ada.maksudnye rasa tawar macam xde prasaan,manis tak,pahit tak,masam dan masin pun xde.korang percaya tak yang aku cakap tadi tu?kalau pahit dan manis memang slalu kita dengar.asam garam kehidupan pun ada kan..tp kalau tawar tu ada ke?haa,mestilah ada..ok lah,aku kongsikan semunya.erm,kalau manis dan pahit tu rasanya tak perlu kot.mesti korang da paham kn?haa,,bagus2!hee..rasa masam ni bagi aku sama dengan sesuatu perasaan yg kalau bole kita tak nak lalui.bende tu tak la seteruk pahit.senang kata bole 'handle' lagi la..rasa masin pulak kalau nak dtafsirkan dalam kehidupan ni susah sikit.nak senang aku sinonim kan masin ni dengan garam.bak kata ibu aku,,garam kalau dalam masakn,tujuan diletakkan garam tu utk adanya rse lemak dalam makanan tu.mcm lemak manis,,sedapkan??macam tu la masin,sesuatu rasa yang kita macam nak tak nak je utk kita lalui sesuatu perkara tu.tp,cuba kalau kita lalui bende yg macam nak tak nak tu dengan fikiran yang positif, dengan memikirkan setiap ketetapan Allah itu indah dan ada hikmahnya.inshaAllah,semuanya akan baik seperti biasa.tapi kalau dalam masakan jangan terlebih garam pulak,kang tak pasal2 kne darah tinggi.haha..erm,utk yang terakhir,rasa tawar.bagi aku tawar = hambar..macam xde prasaan,,haha,,lebih kurang macam tu la..

Sunday 20 March 2011

WHY MAGENTA?

The Magenta Soul loves to live life – not over come it. Magenta has the potential for anything. Magenta doesn’t believe in struggle they believe in getting what they want. A strong and noble soul, Magenta can see right through a situation to the truth, smile sweetly with humour and compassion show you what you didn’t want to know. Nothing daunts them; they are love with a backbone.
Magenta
  • •    The vibration of Magenta is about our conscious understanding and use of the energy of love.
  • •    You are either emanating a loving vibration or you are not.
  • •    Your energy vibrates out into the world around you, through your every thought, word and action. The universe matches the vibrational signals of your thoughts and feelings and sends in more of the same. Your thoughts and feelings are then reflected back to you in the experiences you have in life. If you do not like what you are experiencing in life, simply change the vibration you are putting out.
  • •    That which observes energy can change energy. The mind is an amazing tool it has the ability to create the physiological illusion of time and objects it has the ability to transcend time and objects.
  • •    Magenta assists to develop our intuition, to mature and balance our feminine energy, enabling us to mother and give to ourself when needed not leaving our needs or responsibilities to others or outside forces but learning how to nurture, comfort, protect, cleanse and nourish our body, mind and soul.
  • •    Magenta holds our Soul’s blue print. As a collective, man is slowly recognizing who he is, investigating a new way of thinking realizing that he is a powerful creative force.
  • •    The intelligence of Magenta is the creative force of love in action. The first love is the conscious love of Self, the love of the Divine and noble aspect of our being.
When Magenta is out of balance:
  • •    Someone who is confused about how to give love, feeling if others are not happy they cannot be happy.
  • •    A person who has issues with feeling responsible for others, over caring for others or has problems in caring for their own needs in life.
  • •    Someone who over mothers but does not taking care of them self hence does not have balance in their life.
  • •    Someone who sacrifices their needs for the needs of others. Someone who is busy saving the world but cannot save themselves.
  • •    Issues of not being grounded, focused or manifesting ones own needs in life.
korang faham tak?kalau tak faham tgk kamus ye..haha ;D